



Dianah dan Aariana telah berjaya menamatkan sesi mentoring Tiny Techies iaitu satu modul di bawah teras pembelajaran sepanjang hayat di NADI Pandan Indah bermula dari bulan Mac hingga Julai.
Aariana dan Dianah merupakan pelajar Sains Komputer. Mereka telah melalui sesi mentoring Tiny Techies yang membekalkan mereka kepada beberapa modul seperti web learning system dan juga coding. Melalui sesi ini, mereka telah belajar cara-cara untuk membina coding bagi sesebuah sistem dan lain-lain pengajaran yang membantu mereka memahami Internet of Things (IoT).
Berdasarkan sesi mentoring ini, mereka telah dinilai dan dipilih sebagai 5 NADI terbaik mewakili negeri Selangor untuk ke Pertandingan Tiny Techies 2025 di UITM Alor Gajah Melaka. Mereka juga telah diberi pendedahan dan modul berkenaan inovasi serta dibimbing oleh Profesor dan sukarelawan yang hadir di dalam program Bootcamp. Hasilnya mereka telah berjaya mencipta satu inovasi bartajuk Metro Bloom dan dinobatkan sebagai juara Pertandingan Tiny Techies kategori Sekolah Menengah peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Tengah. Kejayaan ini sekali gus telah melayakkan mereka ke Pertandingan Tiny Techies peringkat Kebangsaan.


Adik Saifullah tidak mahir dalam menggunakan perisian ICT dan malah mempunyai kemudahan yang terhad di rumah. Oleh itu, Saifullah tidak dapat mepraktikkan ilmu ICT dari sekolah di rumah. Selain itu, keperihatinan ibu bapanya dalam menitikberatkan pembelajaran amat dikagumi dengan menyediakan latihan kendiri yang dibuat sendiri menggunakan buku tertentu untuk anak-anak mereka. Jadi, pihak NADI telah menawarkan kelas asas ICT kepada Saiful seperti kelas asas penggunaan Microsoft seperti Words dan kelas asas grafik Canva. Bukan itu sahaja, akses platform maxis e kelas juga turut dimanfaatkan sebaik mungkin untuk tujuan ulangkaji pelajaran dan platform ulangkaji atas talian lain untuk mengisi masa lapang selepas pulang dari sekolah
Setelah beberapa bulan menggunakan dan mempraktikkan ilmu ICT yang ada, kini Saiful lebih mahir dalam menggunakan beberapa perisian laptop yang terdapat di NADI. Selain itu, kemahiran Saiful dalam penyuntingan grafik bagi tujuan kerja rumah juga lebih baik dan semakin menigkat. Saiful juga dapat mengulangkaji pelajaran dengan lebih yakin dan selalu berada di landasan pendidikan yang sewajarnya apabila dapat menggunakan silibus yang disediakan dalam portal maxis e-kelas. Di samping itu, pihak NADI juga mengalakkan penglibatan Saiful dalam kelas-kelas kesedaran berkaitan keselamatan internet yang dapat membantu Saiful menggunakan internet dengan lebih selamat.
© 2026 Hakcipta Terpelihara